aMiElLy
RiNdUkU Di aTaS OrBiT cInTaMu
Saturday 30 June 2012
SENDIRIAN
'tak tau la mana hala tuju hidupku ini...aku berfikir dan merenung jauh tentang kehidupan yang sedang ku lalui sekarang...sendirian selama beberapa hari nie buat aku berfikir akan kehidupan ku di masa depan...aku tak melihat di mana arah tuju kerjaya dan kehidupan ku....
Wednesday 2 May 2012
Monday 2 April 2012
RANCANGAN MENGAJAR
1.0 PENGENALAN KSPK
Kurikulum
standard prasekolah kebangsaan (KSPK) merupakan suatu sistem yang dilaksanakan
oleh institusi pendidikan bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang
pembelajaran mengenai pendidikan awal sains dan awal matematik. Usaha yang
dilaksanakan ini merupakan satu
inisiatif kerajaan untuk melahirkan warganegara yang celik IT, kreatif, cergas
serta berdaya saing. Tedapat enam komponen penting dalam KSPK iaitu tunjang
sains dan teknologi, tunjang fizikal dan estetika tunjang komunikasi, tunjang
kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri dan perkembangan
sosioemosi serta tunjang kemanusiaan.
1.1 Rancangan Mengajar
Apakah yang anda
tahu mengenai rancangan mengajar? Rancangan mengajar merupakan satu rancangan
pengajaran yang dilaksanakan oleh setiap guru prasekolah untuk satu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Rancangan mengajar ini mengandungi tunjang yang terkandung dalam kurikulum
standard prasekolah kebangsaan prasekolah (KSPK). Pengabungan komponen ini
memberikan kesan positif terhadap pembelajaran kanak-kanak kerana ia dapat
memudahkan proses pembelajaran kanak-kanak dimana kanak-kanak mudah
menerima serta memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru disamping
menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Melalui penggunaan tema dalam sesi
pengajaran dan pembelajar ia akan lebih memberikan impak yang baik dari segi
meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Penggunaan
alat bantu mengajar (ABM) serta alatan teknologi seperti komputer akan
menambahkan rancangan mengajar yang dibuat oleh guru menjadi lebih bermakna.
2.0 Isi dan penerangan
Rancangan
Mengajar
Nama kelas:
Tadika Teras Kecemerlangan
Bilangan murid:
25/25 orang murid
Umur : 5 tahun
Minggu, hari:
Minggu ke- 13, Jumaat
Tarikh : 30. 03.
2012
Cadangan masa:
08.30 – 09.00 pagi (30 minit)
Tema: Buah-
buahan
Tunjang utama: Tunjang Sains Dan Teknologi - Awal Sains (ST)
Tunjang
disepadukan: Tunjang
Keterampilan Diri Dan Perkembangan sosioemosi (PSE)
Standard
pembelajaran utama :(S.T 3.1.3) Mengenalpasti organ deria (mata,
hidung, lidah,) dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini.
Standard
pembelajaran yang disepadukan: (PSE 2.3.6)
Berinteraksi dengan yakin.
Objektif
pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid
boleh;
(i) Berinteraksi dengan yakin.
(ii). Mengenalpasti
setiap fungsi serta dapat menggunakan organ deria degan baik
(iii). Mengetahui rasa buah.
Pengetahuan
sedia ada: Murid mengenal beberapa jenis buah-buahan
Penerapan nilai:
ingin tahu, yakin, teruja, bersemangat, tekun, mendengar arahan
memberi
perhatian, berani.
Alat Bantu
mengajar:
Flash kad, kad
bergambar, komputer riba, LCD,
buah-buahan, piring, garpu
KBKK: Menjana idea
Langkah/
Masa
|
Set induksi ( 5minit)
8.30pagi-8.35pagi
|
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti murid
|
Catatan/ Abm
|
-Guru membawa alat bantu
mengajar ke dalam kelas.
-Guru bertanya kepada murid mengenai aktiviti
pembelajaran pada minggu
lalu iaitu mengeja nama
buah-buahan.
-Guru menjelaskan kepada
pelajar mengenai tajuk
pembelajaran hari ini ialah
mengenal fungsi organ deria
mata, hidung dan lidah bagi
mengenalpasti ciri
dan rasa buah-buahan.
|
-Murid menumpukan
perhatian terhadap guru.
-Murid memberikan
pelbagai jawapan terhadap
soalan yang diberikan oleh
guru dengan penuh
semangat.
-Murid merasa teruja dan tidak sabar-sabar mengikuti
sesi pengajaran pada hari
ini.
|
ABM: Komputer,
LCD, buah-buahan
Objektif :-
Nilai: Teruja,
Bersemangat, memberi perhatian.
KBKK: Menjana
idea.
Rasional :-
|
Langkah/ Masa
|
Langkah 1(10 minit)
8.35pagi-8.45pagi
|
|
-Guru menunjukkan gambar buah kepada murid.
-Guru memberi penjelasan
kepada murid mengenai
buah-buahan tempatan
kepada murid.
-Kemudian
guru menerangkan setiap
fungsi organ deria yang
digunakan untuk
mengenalpasti rasa sesuatu
jenis buah-buahan.
-Guru bertanya kepada murid
fungsi setiap organ deria. (Contohnya, fungsi organ
lidah.)
-Guru memberi pujian kepada
murid.
|
-Murid melihat gambar
yang ditunjukkan oleh guru
dengan perasaan ingin tahu.
-Murid mendengar
penerangan yang diberikan
oleh guru dengan penuh
perhatian dan berminat.
-Murid berasa teruja dengan penerangan yang diberikan oleh guru.
-Murid memberikan
pelbagai jawapan dengan
penuh keyakinan.
-Murid berasa gembira
dengan pujian yang
diberikan oleh guru. Murid
tidak sabar-sabar hendak
mengikuti sesi pembelajaran
seterusnya pada hari ini.
|
ABM: kad
bergambar,
LCD
komputer, flash kad,
buah-buahan
Objektif: (i)
Nilai: yakin, berani,
memberi perhatian,
teruja
KBKK: Menjana
Idea
Rasional: Murid
boleh berinteraksi
dengan yakin dan
baik
|
Langkah/ Masa
|
Langah 2(10 minit)
8.45pagi-8.55pagi
|
|
-Guru menyediakan lima
jenis buah-buahan yang telah
siap dipotong terdiri daripada
buah tembikai, mangga, epal,
limau dan pisang. Kemudian guru membahagikan murid
kepada lima kumpulan.
-guru menjelaskan kepada
Murid aktiviti seterusnya
adalah merasa buah dengan
menggunakan deria lidah.
-Guru meminta setiap
kumpulan memberitahu rasa
buah-buahan yang telah
mereka makan.
-Guru memberi pujian dan
bintang kepada setiap ahli
kumpulan.
|
-Murid membentuk lima
kumpulan.
-Murid bersemangat hendak mengikuti aktiviti yang
dijalankan oleh guru
sebentar lagi.
-Kemudian setiap ahli
kumpulan merasa buah yang
telah disediakan oleh guru
dengan menggunakan deria
rasa.
-Setiap kumpulan datang ke
hadapan dan menceritakan
kepada rakan mengenai rasa
buah yang mereka rasai
sebentar tadi dengan penuh
bersemangat.
-Murid teruja dengan
pemberian bintang dari
guru. Murid menunjukkan
bintang yang diberikan oleh
guru kepada rakan-rakan.
|
ABM: piring, garpu,
buah-buahan, komputer,
LCD
Objektif: (ii)
Nilai: Mendengar
arahan, kerjasama,
bersemangat, berani,
tekun
KBKK : -
Rasional: Murid
dapat menggunakan
organ deria rasa
dengan baik
|
Langkah/ Masa
|
Penutup ( 5minit)
8.55pagi-9.00pagi
|
|
-Guru mengimbas kembali
bersama-sama dengan murid
mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.
-Guru memberi penerangan
kepada murid akan
kepentingan untuk
menguasai kemahiran
menggunakan organ deria
dalam kehidupan seharian.
-Guru meminta murid
membentuk bulatan dan
menyanyikan lagu buah-
buahan bersama-sama
dengan murid.
|
-Murid mengimbas kembali
isi pembelajaran hari ini
bersama-sama dengan guru.
-Murid mendengar
penjelasan yang
disampaikan oleh guru
dengan penuh perhatian dan teruja.
-Murid membentuk bulatan. Kemudian guru
menyanyikan lagu buah-
buahan bersama dengan
guru.
|
ABM: komputer,
LCD, kad bergambar,
buah-buahan, piring
garpu
Objektif : -
Nilai: Mendengar
arahan, memberi
perhatian, tekun,
bersemangat
KBKK : -
Rasional: Murid
boleh menyanyi
dengan baik
|
Impak : 25/25
orang murid telah mencapai objektif, hal ini kerana penggunaan alat bantu
mengajar yang menarik minat murid untuk belajar. Walaubagaimanapun, penggunaan
ICT perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran (P & P) dapat
memastikan murid untuk lebih memahami P&P tersebut.
3.0 Rumusan
Berdasarkan
pendedahan yang kita dapat mengenai rancangan mengajaran ini dan jika kita
melihat dengan terperinci terhadap perkara ini, kita pastinya dapat melihat
dengan jelas bahawa rancangan mengajar ini mempunyai kebaikkan dan
keburukkannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Terdapat
banyak kebaikkan yang dapat dilihat terhadap rancangan mengajar ini. Antaranya
adalah ia boleh menarik minat murid untuk belajar, membantu menjadikan aktiviti
P & P itu menjadi menyeronokkan dan bermakna. Selain itu rancangan mengajar
yang menarik juga dapat meningkatkan perkembangan murid dari segi kognitif,
fizikal dan sosial murid. Namun disebalik kebaikkan rancangan mengajar ini
terdapat keburukkan rancangan mengajar ini. Penyediaan rancangan mengajar yang
merumitkan serta salah akan menyebabkan isi pengajaran yang ingin disampaikan
oleh guru tidak akan difahami oleh murid-murid. Namun kebaikkan lebih banyak
dilihat daripada kesan buruk mengenai rancangan mengajar ini.
Friday 9 March 2012
14 buah-buahan yang berkhasiat untuk tubuh
BUAH TOMATO (TOMATO)
- tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomato dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomato dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / rabun ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus tersumbat.
e. kanser prostat dan kanser payudara.
- tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomato dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomato dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / rabun ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus tersumbat.
e. kanser prostat dan kanser payudara.
BUAH PEPAYA (PAPAYA)
- pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pepaya dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- pepaya dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- pepaya dapat menanggulangi atau mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi
BUAH PISANG (BANANA)
- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang boleh membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.
- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang boleh membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.
BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh ketika demam.
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh ketika demam.
BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)
- strawberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- strawberi mengandungi antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mengubati gangguan kesihatan
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanser
BUAH APEL (APPLE)
- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanser.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.
BUAH JERUK (ORANGE)
- oren mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- oren mengandung antikanser bagi tubuh.
- oren dapat mencegah dan mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. mengubati sawan.
b. menurunkan risiko terkena kardiovaskuler, kanser, dan katarak.
BUAH PEAR / PIR (PEAR)
- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesihatan.
- pear dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mencairkan dan menhilangkan kahak pada batuk berkahak
BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)
- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandungi zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengubati infeksi.
c. menjaga mengubati penyakit mulut.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.
BUAH SEMANGKA (WATERMELON)
- tembikai mengandung vitamin C dan provitamin A.
- tembikai dapat menjadi antialergi.
- tembikai mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung
BUAH MELON (HONEYDEW)
- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanser dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolesterol
BUAH WORTEL (CARROT)
- wortel kaya akan vitamin A.
- wortel baik untuk menjaga kesihatan mata.
- wortel mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. meningkatkan kekebalan dan ketahanan tubuh jasmani.
b. menjaga hati tetap sihat.
BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)
- belimbing mengandung vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu memperlancar pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.
- nanas mengandung vitamin B dan C.
- nanas dapat mencegah terkena serangan jantung dan stroke / struk.
- nenas dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menyembuhkan infeksi pada saluran pencernaan
Thursday 8 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)