Friday 9 March 2012

14 buah-buahan yang berkhasiat untuk tubuh


BUAH TOMATO (TOMATO)
- tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomato dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomato dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / rabun ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus tersumbat.
e. kanser prostat dan kanser payudara.



BUAH PEPAYA (PAPAYA)
- pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pepaya dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- pepaya dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- pepaya dapat menanggulangi atau mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi




BUAH PISANG (BANANA)
- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang boleh membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat  mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.


BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat  mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh ketika demam.



BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)
- strawberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- strawberi mengandungi antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mengubati gangguan kesihatan 
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanser




BUAH APEL (APPLE)
- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanser.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.




BUAH JERUK (ORANGE)
- oren mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- oren mengandung antikanser bagi tubuh.
- oren dapat mencegah dan mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. mengubati sawan.
b. menurunkan risiko terkena kardiovaskuler, kanser, dan katarak.








BUAH PEAR / PIR (PEAR)

- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesihatan.
- pear dapat mencegah bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mencairkan dan menhilangkan kahak pada batuk berkahak



 BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)

- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandungi zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengubati infeksi.
c. menjaga mengubati penyakit mulut.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.




BUAH SEMANGKA (WATERMELON)

- tembikai mengandung vitamin C dan provitamin A.
- tembikai dapat menjadi antialergi.
- tembikai mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung







BUAH MELON (HONEYDEW)

- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanser dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolesterol



BUAH WORTEL (CARROT)

- wortel kaya akan vitamin A.
- wortel baik untuk menjaga kesihatan mata.
- wortel mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. meningkatkan kekebalan dan ketahanan tubuh jasmani.
b. menjaga hati tetap sihat.





BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)

- belimbing mengandung vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu memperlancar pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.



BUAH NANAS (PINEAPPLE)
- nanas mengandung vitamin B dan C.
- nanas dapat mencegah terkena serangan jantung dan stroke / struk.
- nenas dapat mengubati bermacam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menyembuhkan infeksi pada saluran pencernaan

Thursday 8 March 2012

BUAH-buahan tempatan...



Kuasa Ajaib buah-buahan:



  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.
  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.
  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
  • Kiwi 
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
  • Pisang 
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

khasiat buah-buahan untuk si kecil.



Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ianya kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan.  Selain dari itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak.
Kandungan vitamin yang tinggi
Buah – buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam buahan –buahan adalah seperti berikut:
Pisang – Kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C
Mangga – Kaya dengan vitamin A, E & C
Betik – Kaya dengan Vitamin C dan provitamin A
Aneka hidangan
Buah – buahan boleh dinikmati secara mentah atau diproses. Contoh yang telah diproses adalah seperti minuman jus, kek, dan kuih – muih. Kajian menunjukkan bahawa glukosa darah dipengaruhi oleh jumlah gula atau jumlah karbohidrat di dalam hidangan jus, dan bukanlah jenis gula yang terdapat di dalam jus tersebut.  Pertambahan gula di dalam jus minuman turut meningkatkan jumlah kalori dan karbohidrat hidangan minuman tersebut.  Untuk itu pastikan anda mengurangkan penggunaan jumlah gula tambahan di dalam minuman jus si kecil.
Sumber Antioksida
Kebanyakkan buah adalah sumber yang baik bagi serat, yang mana paling banyak terdapat dalam bentuk serat larut. Antioksida adalah sejenis molekul yang turut dikenali sebagai bioflavonoid, ianya sering ditemui bersama asid askorbid secara semulajadi. Banyak kajian menunjukkan bahawa buah-buahan mampu mengurangkan risiko kepada penyakit seperti kanser dan kardiovaskular.
Buah- buahan sitrus dan vitamin C
Antara contoh buah-buahan sitrus adalah seperti lemon, limau dan juga oren. Kebanyakkan buah – buahan ini mengandungi kandungan jus yang sangat tinggi. Buah-buahan sitrus juga sangat terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Sebagai contoh, kandungan vitamin C di dalam sebiji Oren adalah 65mg.  Antara khasiat buah - buahan ini adalah membantu dalam pencernaan lemak selain mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Buah oren turut mengandungi lebih banyak vitamin A (juga di kenali sebagai beta-karoten) berbanding buah sitrus yang lain. Buah ini juga di percayai dapat melawan jangkitan kuman selain melindungi kita dari penyakit kanser dan menyokong sistem imun.
Hidangan paling mudah
Buah – buahan  juga adalah sejenis makanan yang paling mudah disediakan serta dihadam. Malahan ianya juga mempunyai potensi alergi yang paling rendah (kebanyakkan alergi adalah disebabkan oleh komponen protein sesuatu makanan). Buahan – buahan seperti mangga juga dipercayai dapat menurunkan suhu badan (ketika demam) serta membantu dalam mengurangkan tekanan. Kandungan nutrien yang semulajadi ini juga dapat membantu dalam mengekalkan sistem imun badan kita.
Sungguhpun boleh di makan begitu sahaja (tanpa perlu dikupas), anda perlulah pastikan buah-buahan tersebut telah dicuci terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si kecil. Ini dapat mengelakkan dari sebarang kotoran yang mungkin terdapat pada permukaan buah tersebu