Monday 2 April 2012

RANCANGAN MENGAJAR


1.0    PENGENALAN KSPK

Kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK) merupakan suatu sistem yang dilaksanakan oleh institusi pendidikan bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang pembelajaran mengenai pendidikan awal sains dan awal matematik. Usaha yang dilaksanakan ini  merupakan satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan warganegara yang celik IT, kreatif, cergas serta berdaya saing. Tedapat enam komponen penting dalam KSPK iaitu tunjang sains dan teknologi, tunjang fizikal dan estetika tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri dan perkembangan sosioemosi serta tunjang kemanusiaan.

1.1 Rancangan Mengajar

Apakah yang anda tahu mengenai rancangan mengajar? Rancangan mengajar merupakan satu rancangan pengajaran yang dilaksanakan oleh setiap guru prasekolah untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan mengajar ini mengandungi  tunjang yang terkandung dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan prasekolah (KSPK). Pengabungan komponen ini memberikan kesan positif terhadap pembelajaran kanak-kanak kerana ia  dapat  memudahkan proses pembelajaran kanak-kanak dimana kanak-kanak mudah menerima serta memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru disamping menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti sesi pembelajaran.
            Melalui penggunaan tema dalam sesi pengajaran dan pembelajar ia akan lebih memberikan impak yang baik dari segi meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) serta alatan teknologi seperti komputer akan menambahkan rancangan mengajar yang dibuat oleh guru menjadi lebih bermakna.

2.0  Isi dan penerangan

                                           
               Rancangan Mengajar


Nama kelas: Tadika Teras Kecemerlangan

Bilangan murid: 25/25 orang murid

Umur : 5 tahun

Minggu, hari: Minggu ke- 13, Jumaat

Tarikh : 30. 03. 2012

Cadangan masa: 08.30 – 09.00 pagi (30 minit)

Tema: Buah- buahan

Tunjang utama: Tunjang Sains Dan Teknologi - Awal Sains (ST)

Tunjang disepadukan: Tunjang Keterampilan Diri Dan Perkembangan sosioemosi (PSE)

Standard pembelajaran utama :(S.T 3.1.3) Mengenalpasti organ deria (mata, hidung, lidah,) dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini.
Standard pembelajaran yang disepadukan: (PSE 2.3.6) Berinteraksi dengan yakin.

Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh;
 (i) Berinteraksi dengan yakin.
(ii). Mengenalpasti setiap fungsi serta dapat menggunakan organ deria degan baik
(iii). Mengetahui rasa buah.

Pengetahuan sedia ada: Murid mengenal beberapa jenis buah-buahan

Penerapan nilai: ingin tahu, yakin, teruja, bersemangat, tekun, mendengar arahan
memberi perhatian, berani.

Alat Bantu mengajar:
Flash kad, kad bergambar,  komputer riba, LCD, buah-buahan, piring, garpu

KBKK: Menjana idea

Langkah/
 Masa
Set induksi ( 5minit)
 8.30pagi-8.35pagi
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Catatan/ Abm
-Guru membawa alat bantu
mengajar ke dalam kelas.

-Guru bertanya kepada murid mengenai aktiviti
pembelajaran pada minggu
lalu iaitu mengeja nama
buah-buahan.

-Guru menjelaskan kepada
pelajar mengenai tajuk
pembelajaran hari ini ialah
mengenal fungsi organ deria
mata, hidung dan  lidah bagi
mengenalpasti ciri
dan rasa buah-buahan.
-Murid menumpukan
perhatian terhadap guru.

-Murid memberikan
pelbagai jawapan terhadap
soalan yang diberikan oleh
guru dengan penuh
semangat.

-Murid merasa teruja dan tidak sabar-sabar mengikuti
sesi pengajaran pada hari
ini.
ABM: Komputer,
LCD, buah-buahan

Objektif :-

Nilai: Teruja,
Bersemangat, memberi perhatian.

KBKK: Menjana
idea.
Rasional :-  
Langkah/ Masa
Langkah 1(10 minit)
8.35pagi-8.45pagi
-Guru menunjukkan gambar buah kepada murid.

-Guru memberi penjelasan
kepada murid mengenai
buah-buahan tempatan
kepada murid.

-Kemudian
guru menerangkan setiap
fungsi organ deria yang
digunakan untuk
mengenalpasti rasa sesuatu
jenis buah-buahan.

-Guru bertanya kepada murid
fungsi setiap organ deria. (Contohnya, fungsi organ
lidah.)

-Guru memberi pujian kepada
murid.
-Murid melihat gambar
yang ditunjukkan oleh guru
dengan perasaan ingin tahu.

-Murid mendengar
penerangan yang diberikan
oleh guru dengan penuh
perhatian dan berminat.

-Murid berasa teruja dengan penerangan yang diberikan oleh guru.

-Murid memberikan
pelbagai jawapan dengan
penuh keyakinan.

-Murid berasa gembira
dengan pujian yang
diberikan oleh guru. Murid
tidak sabar-sabar hendak
mengikuti sesi pembelajaran
seterusnya pada hari ini.
ABM: kad
bergambar,

LCD
komputer, flash kad,
buah-buahan

Objektif: (i)

Nilai: yakin, berani,
memberi perhatian,
teruja

KBKK: Menjana
Idea

Rasional: Murid
boleh berinteraksi
dengan yakin dan
baik 
Langkah/ Masa
Langah 2(10 minit)
8.45pagi-8.55pagi
-Guru menyediakan lima
jenis buah-buahan yang telah
siap dipotong terdiri daripada
buah tembikai, mangga, epal,
limau dan pisang. Kemudian guru membahagikan murid
kepada lima kumpulan.

-guru menjelaskan kepada
Murid aktiviti seterusnya
adalah merasa buah dengan
menggunakan deria lidah.

-Guru meminta setiap
kumpulan memberitahu rasa
buah-buahan yang telah
mereka makan.

-Guru memberi pujian dan
bintang kepada setiap ahli
kumpulan.
-Murid membentuk lima
kumpulan.

-Murid bersemangat hendak mengikuti aktiviti yang
dijalankan oleh guru
sebentar lagi.

-Kemudian setiap ahli
kumpulan merasa buah yang
telah disediakan oleh guru
dengan menggunakan deria
rasa.

-Setiap kumpulan datang ke
hadapan dan menceritakan
kepada rakan mengenai rasa
buah yang mereka rasai
sebentar tadi dengan penuh
bersemangat.

-Murid teruja dengan
pemberian bintang dari
guru. Murid menunjukkan
bintang yang diberikan oleh
guru kepada rakan-rakan.
ABM: piring, garpu,
buah-buahan, komputer,

LCD
Objektif: (ii)

Nilai: Mendengar
arahan, kerjasama,
bersemangat, berani,
tekun

KBKK : -

Rasional: Murid
dapat menggunakan
organ deria rasa
dengan baik
Langkah/ Masa
Penutup ( 5minit)
8.55pagi-9.00pagi
-Guru mengimbas kembali
bersama-sama dengan murid
mengenai isi pembelajaran
pada hari ini.

-Guru memberi penerangan
kepada murid akan
kepentingan untuk
menguasai kemahiran
menggunakan organ deria
dalam kehidupan seharian.

-Guru meminta murid
membentuk bulatan dan
menyanyikan lagu buah-
buahan bersama-sama
dengan murid.

-Murid mengimbas kembali
isi pembelajaran hari ini
bersama-sama dengan guru.



-Murid mendengar
penjelasan yang
disampaikan oleh guru
dengan penuh perhatian dan teruja.


-Murid membentuk bulatan. Kemudian guru
menyanyikan lagu buah-
buahan bersama dengan
guru.
ABM: komputer,
LCD, kad bergambar,
buah-buahan, piring
garpu
Objektif : -

Nilai: Mendengar
arahan, memberi
perhatian, tekun,
bersemangat
KBKK : -

Rasional: Murid
boleh menyanyi
dengan baik
































































































































































Impak : 25/25 orang murid telah mencapai objektif, hal ini kerana penggunaan alat bantu mengajar yang menarik minat murid untuk belajar. Walaubagaimanapun, penggunaan ICT perlu digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran (P & P) dapat memastikan murid untuk lebih memahami P&P tersebut.

3.0 Rumusan

Berdasarkan pendedahan yang kita dapat mengenai rancangan mengajaran ini dan jika kita melihat dengan terperinci terhadap perkara ini, kita pastinya dapat melihat dengan jelas bahawa rancangan mengajar ini mempunyai kebaikkan dan keburukkannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Terdapat banyak kebaikkan yang dapat dilihat terhadap rancangan mengajar ini. Antaranya adalah ia boleh menarik minat murid untuk belajar, membantu menjadikan aktiviti P & P itu menjadi menyeronokkan dan bermakna. Selain itu rancangan mengajar yang menarik juga dapat meningkatkan perkembangan murid dari segi kognitif, fizikal dan sosial murid. Namun disebalik kebaikkan rancangan mengajar ini terdapat keburukkan rancangan mengajar ini. Penyediaan rancangan mengajar yang merumitkan serta salah akan menyebabkan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru tidak akan difahami oleh murid-murid. Namun kebaikkan lebih banyak dilihat daripada kesan buruk mengenai rancangan mengajar ini.